Terpikat v2

~ Sepatut diupload lebih awal, tapi lambat siapkan entry ni ~

Alhamdulillah, aku selamat untuk perjalanan pergi dan pulang dari mukhayyam. Menempuh perjalanan dari utara Kedah ke Teluk Kumbar, Pulau Pinang selepas solat jumaat 20hb November dan pulang ke Jitra selepas zohor 22hb November. Tidak sekadar mendapat ilmu kefasilitatoran (yang hampir sama fungsi seperti naqib dalam usrah), aku juga mendapat banyak lagi pengalaman yang lain.

Mukhayyam yang menumpukan ahli usrah yang masih di peringkat persediaan dan umum, sungguh mencabar diriku. Mencabar kesabaran.

Menangani peserta yang pelbagai karenah dan ragam. Dengan pelbagai respon yang kadangkala menghiburkan di samping sekali-sekala memeningkan juga.

Satu ketika, aku kecewa dengan salah seorang peserta yang pernah hebat dariku setahun yang lepas. Tapi kini, aku terpaksa melayan karenahnya yang seperti ‘orang yang tidak pernah menerima sentuhan tarbiah’. Aku mengadu kepada seorang ikhwah, dan beliau bertanya,

“Anta nak bahagia tak?”

+ “Mesti la nak..”

“Kalau anta nak bahagia, anta kena la bahagiakan orang lain..”

Mungkin beliau punya tafsiran berlainan, tapi aku mentafsirkan jawapan ikhwah itu bermaksud ‘supaya aku membahagiakan orang lain dengan tarbiah’. Menyinari hidup mereka, menunjuk jalan bagi mereka yang meraba-raba dalam ‘lubang’ kegelapan jahiliah. Juga menyuluh jalan bagi orang yang ‘kehilangan’ lampu suluhnya – membantu mereka ‘back to track’ kembali kepada matlamat penciptaan manusia – mengISLAH (memperbaiki) diri, menjadi SOLEH (menyolehkan diri) seterusnya meMUSLEH (memperbaiki orang lain) masyarakat pula.

Allah menimpakan ujian bukan setakat dirinya (yang dilanda kefuturan) tetapi juga diriku (kerana aku perlu bersabar dengan banyak). Semoga pengalaman ini dapat mematangkan lagi pengalamanku dalam tarbiah serta boleh dijadikan panduan buat sesiapa sahaja.

Bila sudah bergelumang dalam kancah kedu’atan, (ada ke ‘term’ ni? Haha) maka perlulah komited. Jangan sekadar ‘touch n go’ sahaja. Sebabnya, mad’u yang diseru bukan hanya satu jenis. Mereka punya pelbagai latar belakang, pengalaman dan sebagainya. Seharusnya, santunilah mad’u tersebut bersesuaian dengan tahap mereka. Tidak boleh pukul rata. Teringat dalam satu entry oleh Muhd Syaari (rijal82.blogspot.com), bagaimana Shi Fu membentuk Po untuk mengeluarkan kemampuan dan potensi dirinya yang sebenar. Jadi seperti yang telah ditulis dalam entry lepas, kenalpasti mad’u, diagnosis masalahnya dan insya Allah, proses membentuk kader-kader atau pelapis dakwah menjadi lebih mudah.

~ Rasanya kena sambung tajuk ni ke entry berikut, sebab tak nak memanjangkan entry sehingga menyebabkan pembaca rasa 'berat' untuk memahami tajuk ini. ~

4 Tindakbalas²:

Betul2... Semua orang berbeza... Ada yang senang ditarbiah dan ramai yang sebaliknya... Anggap saje sebagai cabaran buat daie...

~Yaman Hujan!!!

kahfi8 said...

[ namasayayaaser ]

yea.. tapi memang lebih-lebih mencabar untuk mentarbiah orang yang futur sebab dia tahu, cuma nak bangkitkan kembali keimanan yang sedang jatuh tu..

~ Hujan? alhamdulillaah.. doa makbul time hujan. doa la utk umat Islam terutama di Palestin ya..

Nur Hazwani said...

Salam~

Teruskan menulis :D

Wassalam

kahfi8 said...

[ Nur Hazwani ]

w'salaam,

insya Allah..