(( Keluhan Seorang Lelaki untuk Wanita ))

Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa. Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman?? Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami?? jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu, serlahkan auratmu, jarangkan kainmu, bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu…kenapa?? tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu.. adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki?? sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta. Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani, siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..sedarlah wahai wanita..engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang..sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH..NAUZUBILLAH…
Nasihatku untukmu…

Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…..

p/s - syukran kepada wantaiko@iluvislam..

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=104&thread_id=1578&pid=16900#post_16900

2 Tindakbalas²:

Ummu Umar said...

assalamualaikum...
menarik sekali....tu sebab Rasulullah dh ajar cmne nak pilih zaudjah...tgk rupa, harta n keturunan...yg plg utama pilih yg beragama tapi kbykn lelaki zmn skrg tidak memilih yg sedemikian...kemudian, pas kawin,ngeluh sane sini...hmmmm...

kahfi8 said...

wa'alaikumussalam.. biasa la.. org sekarang pndang material saje.. takut juga zaman sekarang ni.. muslimah solehah boleh dikatakan mudah lagi dicari, tapi muslimin.. tak tau la.. kalau ana, ana akan pilih yang punya adab dan agama. buat apa pilih yang cantik tapi akhlak dan hukum islam diketepikan. kecantikan pun hanyalah ujian buat hambaNya, dah tua nanti berkedut juga. biarlah sejuk memandang kerana adab, akhlak dan agamanya. InshaAllah bahagia di dunia dan akhirat. hehe tapi ana lambat lagi. mungkin lepas master, amiin..