Hebatnya seorang mu’min itu apabila dia mampu memanfaatkan kehidupan sehariannya dengan amal-amal soleh. Apatah lagi apabila dia mengikuti jejak langkah kekasih Allah, Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam. Baginya hidup itu bukan untuk hidup, tetapi untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati tapi mati itulah untuk hidup.
Oleh itu, bagi seorang Muslim, mengikuti sunnah atau tidak bukanlah suatu “kebebasan memilih”. Hal ini kerana mengamalkan ajaran Islam sesuai dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah sebagai kewajipan yang harus ditaati, sebagaimana firman Allah :
“....Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah....” (( 59, Al-Hasyr : Ayat 7 ))
Perilaku Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam disebut sunnah. Dalam Islam, sunnah merupakan sumber kedua selepas Al-Qur’an. Perilaku dan amalan Rasulullah ini turut diakui oleh para sarjana Barat sebagai gambaran kesempurnaan yang teguh dan utuh seorang insan. Tidakkah ia suatu yang hebat, apabila tingkah laku baginda diikuti oleh berbillion-billion orang sehingga kini?
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu...” (( Surah 33, Al-Ahzab : Ayat 21 ))
FirmanNya lagi :
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (( Surah 21, Al-Anbiyaa’ : Ayat 107 ))
Telah ramai generasi salaf (terdahulu) yang mengagumi akhlak dan keperibadian Rasulullah ini sehingga mereka mengaplikasikan dalam kehidupan sehariannya, dari waktu bangun pada paginya sehingga sebelum tidur. Walaupun sibuk dengan aktiviti seharian sebagai siswa, namun kita akan mendapat lebih keberkatan jika kita mengikuti apa yang diajarkan oleh Rasulullah. Sunnah yang dilakukan bukan diadakan tanpa tujuan, tetapi juga amat disukai Allah. Bagi orang yang baru mahu memulakan untuk mengamalkan sunnah, kalau tak mampu nak amal yang berat-berat seperti qiamullail, puasa dan solat sunat, boleh mulakan dengan yang ‘simple’ dulu. Memberi salam, membaca do’a sebelum melakukan sesuatu perkara, menutup kepala ketika masuk tandas antaranya. Jadikan setiap kehidupan seharian kita mengikut cara hidup Rasulullah, baik melalui perbuatan ataupun pertuturan. Di sini dapat dikongsikan bersama beberapa sunnah yang digalakkan untuk diamalkan SETIAP HARI.
Pertama, qiamullail iaitu bangun malam untuk beribadah. Kemuliaan seseorang mu’min terletak pada tahajudnya.
Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum matahari terbit. Sungguh beruntung bagi sesiapa yang melihat Al-Qur’an pada permulaan harinya sebelum melihat dunia.
Ketiga, jangan tinggalkan masjid. Sentiasa mendekatkan diri dengan rumah Allah dan kalau boleh jangan tinggalkan solat jemaah.
Keempat, amalkan solat Dhuha. Allah memberi jaminan bahawasanya setiap urusan akan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Solat ini juga dapat menghindari kepapaan.
Kelima, memberi sedekah. Rasulullah amat menggalakkan ummatnya membantu orang yang susah. Malah, malaikat mendo’akan orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam, jaga wudhu’. Allah sangat suka pada hambaNya yang menjaga wudhu’. Ia dapat menambah amal kebajikan dan membersihkan noda-noda dosa. Juga dapat memberi ketenangan dan Malaikat suka untuk mendampingi orang yang berwudhu’.
Ketujuh, sentiasa beristighfar. Selain memohon keampunan dari Allah, hati kita akan berasa lebih bersih dan tenang.
Semoga panduan ini dapat diamalkan bersama. Jadikan sebagai sebahagian dari amalan harian agar sebati dengan diri sehingga merasa gelisah jika meninggalkan salah satu amalan ini. Mudah-mudahan manfaat yang didapati disebarkan sesama sahabat, inshaAllah..