(( Cuti-cuti Kuliah ))

Dah beberapa hari cuti. Tinggal lagi 2, 3 hari cuti akan habis. Sungguh, rasa kerinduan dengan ikhwah seusrah. Bagaimanakah keadaan mereka? Mesti seronok pulang ke kampong, ke rumah masing-masing.

Harapnya diri ini tidak dilupakan. Ukhuwwah berkekalan selama mana masih teguh di atas jalan perjuangan yang penuh mehnah dan cabaran.

Ya Allah, ku mengharap keampunanMu. Kadang-kadang diri ini lalai atau ‘menipu’ dalam menunaikan tanggungjawabMu..

Putikkan kembali semangat kepadaku di kala kesedihan ini. Semoga dapat mengembalikan rasa keni’matan dalam hidayah dan petunjuk dariMu.

Sesungguhnya hambaMu ini seorang yang sangat lemah, hanya kepadaMu ku berserah diri..

Ujian kembali melanda.. Dapatkah ku menghadapinya...?

Wahai Yang Membolak-balikkan Hati, teguhkan hatiku di jalanMu dan keta’atanMu.. Aameen.

Kekuatan berjama’ah terasa berkurangan di waktu cuti ini. Sangat mantap bila di dalam kumpulan. Nampaknya, di sinilah kelemahan diri yang harus diperbaiki. Mesti berazam untuk mengubah diri. Walhal, sudah sebulan melalui bulan pertama Hijrah.

Ikhwahku, bimbinglah dan nasihatilahku!

2 Tindakbalas²:

(( Boycott Israel Tag ))

*Update 8 Februari - Ana di'tag' oleh blogger 'Khazanah Rahsia' walaupun dah buat tag ni..

Sebuah tag yang bagus dari ukhti Nihlah. Walaupun tidak ditag, tapi nak buat sendiri. Dan sape-sape yang ditag nanti, jangan marah yea..

*************************************************************************************

Here's what we should do. It's simple:
List down 5 of the products from the list below that you are boycotting,
and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott,
and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott,
and tag 5 others.

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see : if they can boycott one product that you haven't been boycotting, why can't you start to boycott the product too?

5 products i'm boycotting (Allaahu akbar!!):
1. Coca-Cola
2. Nestle
3. Starbucks
4. KFC & McDonald (all US fast food)
5. Tesco & many more

5 products i will start to boycott (inshaAllah) :
1. Nike
2. Ambi Pur
3. 100 Plus
4. Disney
5. Arsenal

5 products that i find hard to boycott (astaghfirullaah) :
1. Nokia
2. Intel
3. National Geographic
4. IBM
5. TV Fox

5 tag to others :
1. Khairulisam
2. Syafiq Mahadi
3. Syakur
4. Cikgu Eya
5. Jannah

Senarai Boikot

4 Tindakbalas²:

(( Hakikat dan Peranan Sebenar Manusia v4 ))

*Untuk lebih memahami, sila baca juga v1, v2 dan v3

PERINGATAN DARI ALLAH

Berapa ramaikah ummat dan kaum-kaum terdahulu yang telah dibinasakan Allah atas kedegilan mereka? Tidak cukup dengan itu, mereka mengkhianati utusan-utusan Allah. Mengapakah masih ramai yang tidak mengambil ‘ibrah dan pengajaran dari kisah-kisah ini?

Renungilah Firman Allah di bawah :

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (( Surah 7, Al-A’raaf : Ayat 179 ))

Allah meletakkan mereka (yang tidak menggunakan akal dan hati) lebih teruk dari binatang ternak.

Segalanya bermula dari hati.

SEKETUL DAGING

Kita mempunyai tanggungjawab kita yang lebih besar. Bukanlah menafikan tanggungjawab belajar, bekerja mencari nafkah itu, namun, pastikah apakah niat sebenar kita?



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. (( Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi ))

Belajar. Adakah sekadar mendapat kerja yang baik, gaji (dan tentunya pangkat) yang tinggi atau memenuhi kehendak ibu bapa?

Bekerja. Adakah sekadar menikmati kehidupan yang baik dan selesa, mencari kepopularan, menggembirakan keluarga?

Ke manakah tujuan ini dapat membawa kita? Ibaratkan sebuah kapal yang dalam perjalanan, dunia ini hanyalah tempat persinggahan (R n R) mengambil bekal sementara tiba ke destinasi. Letakkanlah tujuan yang pasti dan jauh iaitu tujuan kepada Allah dan untuk menyeru kepadaNya.



Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (( Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim ))

Hati. Tempat bermulanya segalanya. Dari hatilah kefahaman seseorang dapat dibina. Selain itu, kefahaman dari hati juga lebih memudahkan. Contohnya, membaca novel memerlukan penghayatan kandungan menggunakan hati. Akan tetapi, jika membaca buku akademik seperti Sains, perlu menggunakan akal untuk memahaminya. Selain itu, kefahaman melalui hati berjaya mempengaruhi kehidupan. Tetapi kefahaman melalui akal, belum tentu berjaya.

Maka, sebagai seorang Islam, anda perlu memahami mengapakah anda Muslim?

(( Hakikat dan Peranan Sebenar Manusia v3 ))

KHALIFAH

Tugas khalifah mungkin disalahertikan sebagai hanya satu tanggungjawab politik, pentadbiran dan yang berkaitan dengannya. Sedangkan yang dituntut sebenarnya ialah memastikan manusia berada dalam landasan ibadah dan kehambaan pada Allah.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (( Surah 3, Aali ‘Imraan : Ayat 110 ))

IBADAH

Mungkin tidak perlu dihuraikan lebih panjang. Semua sedia maklum tentang maksud serta definisinya. Namun, janganlah pula hanya memfokuskan ibadah hanya pada amalan-amalan seperti solat dan zikir sahaja. Setiap hari, amalan-amalan harian yang baik dan berfaedah juga merupakan ibadah. Belajar, bekerja mencari nafkah, bersukan dan aktiviti-aktiviti lain juga merupakan ibadah. Selagi menepati batas-batas syara’ dan tidak berlebih-lebihan. Dalam artikel di blog Leokid bertajuk ‘Directive’, beliau membawakan penjelasan ibadah dari Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah iaitu “Ibadah adalah suatu nama yang mencakup seluruh perbuatan yang dicintai Allah dan diredhai-Nya baik berupa ucapan mahupun perbuatan yang baik, yang kelihatan atau tersembunyi.

PENGAJARAN DARI MOVIE WALL-E

Directive! Dalam movie Wall-E, robot pun mempunyai ‘directive’ mereka. Lihatlah directive Wall-E, memungut sampah-sampah, memampatkan dan menyusunnya dalam blok-blok yang tersusun. Eve, sebuah robot dari kapal angkasa yang membawa penduduk bumi pula mempunyai ‘directive’ yang lain iaitu mencari tumbuhan di bumi, selain mengkaji adakah bumi kembali sesuai didiami (di dalam movie tesebut).

Directive, hala tuju, tujuan hidup.

Lihatlah! Robot pun ada tujuan!

Bagaimana dengan penduduk di dalam kapal angkasa tersebut? Dengan semuanya disediakan oleh pentadbir kapal, automatik dan mudah. Hampir kesemuanya dikendalikan oleh robot. Setiap hari berchatting, makan dan bersukaria, disediakan semuanya. Untuk bergerak pun, mereka menggunakan mesin. Akibatnya, badan mereka menjadi gemuk (atau obesiti?) dan seolah-olah menjadi ternakan untuk mendapatkan dagingnya. (Hehe).

*Kredit pada Leokid, artikel Directive*

CITA-CITA

Namun, setiap hari, mereka mengulangi perkara dan aktiviti yang sama. Adakah anda tidak berasa bosan jika begitu? Perhatikan sahaja zaman sekarang. Apakah yang dikejar oleh manusia? Harta, pangkat (contoh). Di universiti? Mengejar cita-cita. Ya, tidak salah mengejar cita-cita. Tetapi janganlah hanya menumpukan pada pelajaran semata-mata tanpa mengambil peduli hal-hal lain. Tanggungjawab yang utama pada Allah, pastikan dilakukan juga.

Menangguh selepas tamat belajar? Adakah anda pasti anda punya umur yang panjang??

Menyambung analogi robot di siri pertama, bagaimanakah jika robot-robot itu dicabut suisnya kerana telah tiba masanya untuk ‘berehat’, tapi buku laporannya kosong, amanahnya tidak selesai, banyak pula kerja yang terbengkalai?

(( Palestin Terus Bersedih.. ))

ALLAAHU AKBAR!!

ALLAAHU AKBAR!!

Masalah Al-Quds ini bukan hanya masalah bangsa sama ada Palestin ataupun Arab! Bukan juga perselisihan faham antara Hamas dan Fatah! Tapi ia permasalah terhadap umat Islam. Maka dipertanggungjawabkan kepada kita untuk membebaskan bumi suci ketiga ini. Tahukah anda mengapa?

Kerna ia mempunyai Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam.

Kini mereka yang memperjuangkan Palestin, tertumpu di Gaza. Sejak awal Muharram yang lalu, mereka telah diserang bertubi-tubi. Tanpa mengira umur, rejim Zionis terus-menerus memuntahkan peluru tidak kira sama ada dari laut, air mahupun darat.

Di manakah umat Islam? Di manakah ummat yang dulunya menguasai dua per tiga dunia? Di mana Salahuddin Al-Ayyubi abad ke-21 yang akan membebaskan Palestin??

Sedarlah wahai saudara-saudariku..

Sesungguhnya ramai antara kita masih terleka dengan permainan kotor Zionis ini. Mereka telah berjaya dalam serangan pemikiran dan menyebabkan umat Islam tidak bersatu! Padahal kita bagaikan satu anggota! Tidak mengira bangsa malah warna kulit! Kecuali taqwa kepada ALLAH!!

AYUH, BANGKITLAH UMATKU!! PALESTIN ITU MILIK KITA! MAKA KITALAH YANG AKAN MEMBEBASKANNYA!!!

2 Tindakbalas²:

(( Seuntai Sorotan dari Gaza ))





Beberapa hari kebelakangan ini, jumlah mangsa yang terkorban di Gaza semakin bertambah. (Maklumat terbaru yang ana baca, 879 orang sudah terkorban) Diharapkan juga pada rakan-rakan sekalian terus ambil tahu dan cuba sedaya upaya memberi sumbangan kepada saudara-saudara kita (demo, qunut nazilah, infaq dan sebagainya)

Dihidangkan maklumat yang cukup bermanfaat dari Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence). Ayuh, sama-sama kita jadi jurucakap untuk Hamas, jurubicara keadilan sejagat!

Ada satu isu yang harus (wajib) dijelaskan tentang pendirian Hamas terhadap gesaan gencatan senjata oleh PBB. Majlis Keselamatan yang bersidang telah meluluskan resolusi 1860 dengan sokongan 14-0 (Amerika abstain - tidak mengundi) iaitu kedua-dua pihak Israel dan Hamas menghentikan serangan.

Khaled Meshal dengan tegas menyatakan pendirian Hamas untuk menolak syarat-syarat gencatan senjata.

[1] Hamas tidak menolak gencatan senjata tetapi syarat-syarat gencatan senjata. Ini untuk menolak dakwaan Hamas tidak berminat untuk mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan orang awam.

[2] Hamas bersedia untuk menghentikan serangan roket seperti yang dikehendaki oleh Resolusi 1860 apabila Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza dan membuka semua sempadan dan pintu masuk ke Gaza (termasuk sempadan Rafah di Mesir). Inilah punca kepada penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Jangan lupa Gaza terkepung sejak 18 bulan lalu sehingga mencetuskan tragedi kemanusiaan yang dahsyat.

[3] Menerima syarat gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB bererti balik kepada status qou iaitu kembali kepada kepungan. Gaza akan terus dicengkam oleh krisis kemanusiaan yang parah. Ini yang disebut oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi: "Rakyat Gaza ada 2 pilihan; Sama ada mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau mati dengan segera akibat pengeboman." Jangan kita biarkan saudara kita tersepit di antara dua pilihan tidak munasabah ini.

[4] Israel sendiri menolak gesaan gencatan senjata ini. Jadi, jangan fokus kepada Hamas tetapi fokus kepada Israel yang merupakan pihak penyerang.

[5] Israel selamanya tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa termasuk resolusi PBB. Setelah mereka tidak mengendahkan lebih dari 80 resolusi Majlis Keselamatan sejak 1948, apakah mereka akan menerima dan menghormati resolusi terbaru dari PBB?

[6] Syarat gencatan senjata juga yang menghendaki kehadiran tentera asing ditolak oleh Hamas. Ingat, jika OIC berjaya mendapat kelulusan untuk hantar tentera pengaman ianya akan ditolak oleh Israel. Israel yang akan memutuskan tentera negara mana yang dibenarkan untuk menjadi pasukan pengaman di Gaza. Apa yang akan berlaku pasukan pengaman ini hanya akan memastikan keselamatan dan sekuriti Israel untuk terus mengepung dan menduduki Gaza. Sedang pejuang Palestin akan dilumpuhkan, dilucutkan senjata, dihalang dari membentuk pertahanan. Akhirnya Isreal bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas wilayah Gaza tanpa sebarang penentangan dari pejuang Palestin.

Moga penerangan di atas dapat mencerahkan kefahaman kita.

Wahai rakyat Malaysia, wahai rakyat Palestin! Jiwa kita bersatu, sehinggalah bumi Al-Quds dibebaskan dari cengkaman Zionis yang zalim berserta sekutunya.

2 Tindakbalas²:

(( Palestine Poem ))

I will tell you a story
A story that lived in the dreams of people
A story that comes out of the world of tents
Was made by hunger and decorated in the dark nights
In my country, and my country is a handful of refugees
Every twenty of them have a pound of flour
And promises of a relief...gifts and parcels
It is the story of the suffering group
Who stood for ten years in hunger
In tears and agony
In hardship and yearning

It is a story of people who were misled
Who were thrown in the mazes of years
But they defied and stood
Disrobed and united
And went to light, from the tents
The revolution of return
in the world of darkness.


*************************************************************************************

Sajak ini ditulis oleh Kamal Nasir, seorang penyajak Palestin yang dibunuh askar Israel pada 10 April 1973 ketika 1570 ahli akademik, doktor dan ahli professional palestin dihalau dari tanah air mereka dan dibunuh. Sajak ini ditulis pada 1961.

Kamal Nasir, Palestinian poet, killed by an Israeli death squad on April 10, 1973 during a time when 1570 Palestinian educators, doctors, and professionals were deported from their homeland as well as assasinated and maimed in botched assasinations. Their crimes: intellect, resistance, leadership This poem was written in 1961.

[ link ]

(( Hakikat dan Peranan Sebenar Manusia v2 ))

TUJUAN PENCIPTAAN MANUSIA

Bagi pembaca blog ini, mungkin ramai yang boleh menjawab tujuan sebenar penciptaan manusia. Akan tetapi, biarlah dijelaskan panjang sedikit supaya kita boleh memfokuskan terhadap tajuk ini.


Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberiKu makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi Rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Maha Gagah. (( Surah 51, Adz-Dzaariyaat : Ayat 56-58 ))

Ya, manusia diciptakan untuk beribadah kepadaNya! Juga sebagai khalifahnya seperti firman Allah di bawah.


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (( Surah 2, Al-Baqarah : Ayat 30 ))

Akan tetapi, kita dapat lihat manusia semakin lalai akan amanah ini. Masa hidup yang mereka gunakan, walaupun kuantitinya banyak, tapi kualitinya sangatlah sedikit (atau tiada langsung?). Tidakkah ia satu kerugian? Bahkan umat Islam sendiri pada hari ini sudah merugikan diri mereka setiap hari (termasuk ana) dengan perkara yang sangat meruntuhkan iman dan sentiasa merasakan ‘kekosongan’ dalam hidup mereka.


Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran. (( Surah 103, Al-‘Ashr : Ayat 1-3 ))

Apakah rugi yang dimaksudkan dalam ayat-ayat surah tersebut? Bukanlah yang dibincangkan rugi harta, perniagaan atau apa jua sekalipun yang berbentuk material. Tetapi, rugi di akhirat, di mana orang-orang yang rugi itu akan dibalas dengan azab atas kelalaian mereka menunaikan tanggungjawab.