Krimnya Semakin Pekat!

Halaqoh malam Isnin yang lepas bermula dengan tilawah surah kedua, Al-Baqoroh, ayat 203 hingga 252.

Naqib kami memulakan pengisian dengan menyentuh mengenai ikhlas. Aku pun tak perasan selama ni, rupanya;

ikhlas = ihsan (ikhlas equal to ihsan)

Ihsan : kamu beribadah kepadaNya seakan-akan dia melihat kamu, tapi jika kamu tak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu.

Naqibku juga mengingatkan kami, Allah tidak berhajat pada ibadah kami (termasuk dakwah kami), tapi kita perlu ibadah kepadaNya kerana Dia pencipta kita. Dan dari konteks dakwah, kalau kita tak nak sahut seruan untuk berdakwah, Allah tak rugi apa-apa. Malah Allah boleh sahaja menggantikan dengan orang lain yang mungkin jauh lebih bagus dari kita.

Maka sebagai du’at, mari kita berjiwa besar untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Bukan duduk sahaja melihat keadaan ummah yang terumbang-ambing. Kita harus berusaha menjadi agen perubahan (agent of change), kumpulan yang mengislah masyarakat Islam dan bukan Islam. Dan yang paling utama sekali bagi setiap du’at itu, ialah menjaga hubungannya dengan khaliqnya (penciptanya).

Dalam menghadapi isu ummah pula, du’at juga harus melihat perkara lebih besar. Mereka harus berfikir jauh ke hadapan ‘one step ahead’. Bukan melihat perkara yang tersurat tetapi juga tersirat. Memang akan menimbulkan pertikaian banyak pihak (yang tidak faham), tapi du’at harus bijak menangani isu-isu yang kontroversi seperti isu kalimah Allah baru-baru ini. (Dah ramai orang jelaskan isu ini, dan aku rasa tak perlu kupas panjang isu ini)

Hasan Hudaibi pernah berkata;

“Tegakkan Islam di dalam hatimu, nescaya ia ‘kan tegak di muka bumi”

Firman Allah swt dalam Al-Qur’an :


Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin (buta huruf), seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari I’tiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara’). dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Surah 62, Al-Jumu’ah : Ayat 2)

Du’at sebagai pengganti utusan Allah, marilah kita menjadi sebahagian dari binaan Islam yang akan melengkapkan perjuangan ini. Kita bukan perintis yang memulakan, bukan juga yang menyelesaikan binaan terakhir itu, tapi kita merupakan penerus dari perjuangan yang panjang, yang menjadi perantara pemula dan pengakhir bagi binaan ini.

p/s – ‘Krim’ pengisian semakin pekat (berat) dan perlukan fokus yang lebih. Teruja dengan kitab-kitab dalam bahasa arab yang digunakan naqibku.

~ Betulkan Niat, Fokuskan Matlamat ~

2 Tindakbalas²:

Salam...

Wah! sudah ada tiga entri! Hebat~

Semoga krim tersebut bertambah-tambah kepekatannya dalam meniti jalan terbiah =)

Dan wah! sekali lagi sebab terkejut tengok ayah 'memunculkan' diri di blog ni =P

~ dalam proses menggunakan bahasa baku dalam penulisan... he3 =)

kahfi8 said...

[ namasayayaaser ]

W'salaam.

3 entri tidaklah hebat sebab isinya pendek sahaja.

Hm, gandingan mantap ayah dan anak, bakal mewarnai dunia tarbiah ini dengan produk-produk yang bakal menggentarkan musuh-musuh Islam inshaAllaah.

Just wait n see, heheh ~

p/s - mari menggunakan bahasa yang betul dalam penulisan dan percakapan!! Tidak merojakkan sehingga mewujudkan entry yang sangat 'mix'. (kecuali lah jika itu 'entry' untuk 'remix' hehe)