Penawar Terbaik

Girang.

Ungkapan terbaik yang dapat kuluahkan tika ini.

Terubat hatiku ini, bila dapat berinteraksi dengannya sebentar tadi. Terasa semangat ini kembali memuncak kembali. Harapnya, ia kekal lama.

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(Surah 8, Al-Anfaal : ayat 63)
Meskipun jauh berjuta batu, merentasi lautan, namun Allah tetap menyuburkan nikmat ukhuwwah dalam hati.

Aku berpeluang berchatting di gmail dengan murobbiku yang kini di Yaman. Berkongsi dan bertukar pengalaman, menyebabkan aku terimbau kembali kenangan lama bersama.

Kuterkenang pengalaman 'kaifa ihtadaitu' (bagaimana aku mendapat hidayah) oleh beliau.

Dan sekarang, sampai masanya aku pula mempraktikkan apa yang pernah aku alami suatu ketika dahulu kepada mad'u dan mutarobbiku sekarang.

Setelah aku teliti, ikatan ukhuwwah adalah teras utama. Dan ukhuwwah bermula dengan berkenalan. Kerana itulah, aku mahu memperbetul kembali kesilapanku.

Nikmat ukhuwwah itu sangat terasa apabila kita sangat mengenali saudara kita. Dan aku telah mendapat pengajaran baru-baru ini, apabila aku 'terasa' dengan seorang ikhwah yang mana kami sering bersama, sehinggakan ikhwah lain melihat kami seperti gandingan yang serasi. Satu tragedi kesilapan yang menyebabkan aku terasa, lantas aku mengadu pada seorang ikhwah yang lebih berpengalaman, dan beliau menegurku.

"Itu tandanya antum berdua sangat rapat", katanya.

MashaAllah, baru kusedar, selama ini, rupanya aku masih mempunyai sifat-sifat individualistik walaupun dalam perkara jamaah. Ukhuwwah yang kering. Jika perkara 'simple' begini sudah 'fail', bagaimana sifat tadhiah dan itsar dapat dibentuk?

Pengajaran yang bermakna. Jika tidak kuhadapi, mungkin aku tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan ukhuwwah mutarobbiku kelak.

Buat mutarobbiku, kalian adalah permata berharga, akan kugilap menjadi susuk-susuk yang rela syahid keranaNya! Let's Strengthening Ukhuwwah to build The Best Ummah!!

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."
(Surah 3, Aali 'Imraan : Ayat 110)
~ Fastabiqul khoirot! ~

*Glosari baru
Tadhiah = pengorbanan
Itsar = melebihkan orang lain dari diri sendiri

2 Tindakbalas²:

abu yaaser said...

Alhamdulillah, semangat anta kembali memuncak. Tapi ingat kita tidak boleh hidup dengan semangat sahaja. Mengapa semangat boleh lemah semula, kerana hakikat hubungan kita denganNya yang belum betul- betul kukuh. Begitulah tarbiyyah Rasulullah kepada sahabat. Ayat- ayat Makiyyah yang turun mengetuk hati sahabat berulang- ulang- ulang kali sehingga membentuk mereka menjadi jenerasi unggul. Insyaallah sama- sama kita bermujahadah menhayatinya.

kahfi8 said...

[ Abu Yaaser ]

Alhamdulillah tsumma alhamdulillaah, tsumma alhamdulillaah..

Jzkk, anta banyak memberi panduan untuk ana. Semoga Allah memberi kekuatan untuk ana dan anta, juga untuk murobbi dan mutarobbi yang akan datang serta semua pewaris-pewaris dakwah ini.

Doakan ana dan ikhwah2 di Malaysia ini.

Ana rasa, doa antara medium penguat antara satu sama lain walaupun jarak antara kita jauhnya tidak terkata. (heh ana ter-berpuitis pulak)

Ana pun sekarang dah mula nak cari kitab2 dalam bahasa arab. Dan kena mantapkan arab balik. Dah banyak lupa pulak bila dah lama tinggal.

Tak sabar tunggu anta balik dan kongsi pengalaman anta di sana..

~ He always watching us.. ~