Teruskan Aksimu Hai Sang Penyeru

Semalam aku dalam perjalanan ke masjid, tiba-tiba hujan lebat. Bergegas aku berlari (dengan menggalas beg berisi laptop) untuk berteduh di kafe. Kebetulan, kafe tu tak ramai orang suka pergi (mungkin sebab boring dengan hidangan yang ada) dan lebih ramai perempuan je di sana (tu pun sebab blok diorang dekat ngan kafe tu).

Nasib baik ada sorang member sebatch baru balik main badminton, tengah minum-minum. Lepak dengan dia, lantas menyebabkan timbul idea aku mengupdate di sini.

"Hujan-hujan begini, kalau ada awek mesti best.."

Ape kes..? Aku dah pelik ngan mamat ni.

"Boleh sembang-sembang, gurau-gurau, gelak-gelak.."

Isk.. Astaghfirullaah...! Kenapa mentaliti dia sampai macam ni..?

Tak mahu panjangkan cerita. Nampaknya, berat juga tugas yang perlu dipikul seorang da'i. Memperbetulkan salah faham terutama belia-belia, bakal pewaris, pengganti kepimpinan negara dan ummah.

Aku terdiam sepanjang menunggu hujan berhenti. Tidak mahu respon banyak sebab pernah jugak bertikam lidah dengan mamat ni sebelum ni, pasal hubungan silang jantina jugak.

Dan tugas berat juga bagiku, menegur anak buahku (kes macam mamat tadi tu), yang masih perlukan nasihat dan bimbingan. Entahlah, aku masih belum menunjukkan contoh-contoh seorang naqib yang mempunyai qudwah dan teladan yang baik. Masih banyak ruang untuk diperbaiki.

Namun, aku juga berharap agar aku tidak rasa letih atau jemu dengan tugas dan kerja mulia ini. Allah tak pandang hasilnya, adakah berjaya atau tidak. Allah pandang usaha. Banyak mana aku usaha, banyak itulah ganjaran yang akan diterima. Allah tak rugi apa-apa jika aku tak mahu mengemban tugas ini. Malah Allah akan mengganti dengan orang lain yang mahu menyahut seruanNya ini.

Kadang-kadang, mahu kupersalahkan generasi seniorku. Mengapa antum tak berjaya mencari pelapis?

Tapi..

Aku tak sepatutnya hanya menyalahkan kesilapan generasi lalu. Aku tak sepatutnya mengulangi 'kitaran bodoh' itu. Mantap dan hebat kepimpinan individunya, tapi mungkin 'ter'lupa menyusun dan mengatur strategi untuk meneruskan perjuangan dengan menyediakan pewaris dan pelapis di kala mereka sudah tamat pengajian.

Maka..

Ikhwah dan akhawat, tak perlu ditangisi kesilapan lalu itu!

Bangkitlah dari mimpi-mimpi. Susun barisan, aturkan perancangan, kukuhkan tautan, kuatkan hubungan denganNya, inshaAllah kemarau ini akan berakhir jua.

Masanya?

Jangan ditanya. Allah jua Yang Maha Mengetahui. Barangkali, kita tidak sempat melihatnya.

"Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang."
- Pak Hassan, IM

5 Tindakbalas²:

Bagus..Tahniah!

cabaran seorang da'ie masa kini memang sekamkin besar,saudara. KIta berdepan dengan pesaing terhebat iaitu media,dan hedonisme.

pergaulan bebas,aurat dan mentaliti-mentaliti acuan Barat diimport dengan hebat dari media dan ini harga yang kita bayar untuk globalisasi.

Tapi tahniah. Teruskan teguh berdiri. Anda tidak berseorangan.Kita tidak berseorangan. Innallaha ma'ana(al-baqarah) dengan adanya orang2 seperti anda diharapkan akan ada perubahan walau sedikit dalam kalangan generasi kita. InsyaAllah. saya doakan anda terus berjaya

[ Serikandi Islam ]

yaa muqollibal quluub, tsabbit quluubanaa 'alaa diinik, wa 'alaa to'atik..

milik Allah seluruh alam ini, maka Allah pasti akan memenangkan juga Islam. kita berusaha, dan Allah juga yang akan memberi kemenangan.

jom.. jom..

fastabiqul khoirot!! (berlumba-lumbalah mengejar kebaikan - mengumpul "saham" akhirat!!)

Ariab said...

InsyaAllah ada hikmah disebalik kesabaran

Unknown said...

"Sabar itu indah"

Mungkin dia sengaja nak test abg kot =) Nak tengok sejauh mana kesan tarbiah kepada abg...

Kalau abg tetiba melenting je habis...

Wallahua'lam... =)

[ Ariab ]

inshaAllaah..

[ namasayayaaser ]

test..?? hehe..

ujian yang datang tanpa diduga..

ujian tak berbau.. (macam malang tak berbau) huhu..

semoga tarbiah yang diterima 'direct' dariNya memberi kesan dan membawa perubahan.