Booster!

Alhamdulillaah tsumma alhamdulillaah tsumma alhamdulillaah.... ~

Syukur tak terperi (tak terkata) lepas kelas Mobile abis tadi. Macam tak percaya saje tengok carry mark aku dapat.

Lusa dah nak balik ke Ipoh. Semoga Allah memudahkan setiap perkara nanti. Balik rumah untuk melihat wajah bonda dan ayahanda tercinta. Tidak lupa juga adinda (adik la, bukan awek) di sekolahnya. Buat adikku, kalau tak dapat balik rumah, abang lawat kat sekolah. Kita makan ais krim HPA lagi. (tiap-tiap kali jenguk sekolah dia mesti singgah kedai beli ais krim HPA)

P/s - tengah mood 'excited'.. Semoga jadi booster untuk skor imtihaanul nihaaiyyah! Robbanaa yassirnii walaa tu'assirni!

3 Tindakbalas²:

'Iqab!

Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa Yang mereka telah usahakan.
(Surah 9, At-Taubah : Ayat 82)

Malam tadi, aku rasa tidak tenang ketika membuat assignment. Alhamdulillah, membaca Al-Qur’an dapat memberi semangat semula bagiku.

Perhatikan ayat di atas!

Adakah aku akan jadi macam tu? Menangis banyak di akhirat? Bukan menangis gembira tu.. Menangis kecewa, menangis sedih, menangis sakit dan yang berkaitan dengannya.


Banyak sungguh aku ketawa di dunia.. Dapatkah aku ketawa lagi di akhirat? (bukan ketawa terbahak-bahak)

Sedikit pengajaran buat diriku. Aku yang menaip tazkirah ini, maka sudah semestinya yang membacanya dahulu ialah diriku, dituju kepada diriku, supaya aku tidak hanya pandai berkata tapi juga aku melakukan atas apa yang kuperkatakan. (Rujuk surah 61, Ash-Shoff, ayat kedua dan ketiga)


(Mereka itu ialah): orang-orang Yang bertaubat, Yang beribadat, Yang memuji Allah, Yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), Yang rukuk, Yang sujud, Yang menyuruh berbuat kebaikan dan Yang melarang daripada kejahatan, serta Yang menjaga batas-batas hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang Yang beriman (yang bersifat demikian).
(Surah 9, At-Taubah : Ayat 112)

Murobbiku, terima kasih kerana mendenda mutarobbimu ini semalam..!

P/s – ‘iqab bermaksud denda. Tidak kena mengena dengan niqab ya. (Tak perlu ketawa kalau anda rasa entry ini menginsafkan)

4 Tindakbalas²:

Idola atau Terpengaruh??

~ Dah lama tak menulis dalam bahasa yang santai ~

Hampir semua orang ada sesuatu yang menjadi sebab bagi memulakan sesuatu perkara. Contohnya, bola sepak. Ada yang mula minat bola sepak sebab menonton perlawanan di TV dan tertarik dengan corak permainan yang ditunjukkan dan mula menjadi peminat setia bola sepak ‘gila bola’. (aku le tu – tapi sekarang dah kurang sejak merasa kemanisan tarbiah ni)

Sebut tentang ikutan, atau dipanggil idola ni, rasanya ada beberapa orang dalam hidupku yang ‘mempengaruhi’ (cam idola la kot) aku sama ada mereka sedar atau tak.

Kalau masa kecil dulu, aku sangat obses dengan sorang abang aku. Masa tu dia baru mula kerja sebagai pelukis kat Pustaka Salam. Jadi, aku minat melukis jugak walaupun tak sehebat abang aku tu. Lepas tu, adik aku pun ikut plak. Kiranya aku idola adik aku le? Haha. Then, abang aku antara yang terawal guna komputer dalam keluargaku, so aku pun ikut dia la yang sekarang ni jadi sangat obses dengan komputer. Tak silap, first time aku format komputer (windows 3.11) kat komputer masa darjah 4 (1998). Itu pun lepas banyak kali komputer rosak pastu dia suruh format dan install sendiri. Mula-mula, aku suka main games (biasalah budak-budak masa tu), tapi bila tengok abang aku guna komputer untuk buat grafik, aku pun ikut jugak. Sampai sekarang, banyak jugak hasil karya abang aku. Kalau pernah baca Kamus Adik terbitan Pustaka Darul Iman, dia la pelukis dan pereka grafiknya! (heh) Dan kerana dia jugak le aku suka perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘desktop publishing’ (DTP) ni. Hasilnya, aku diamanahkan sebagai AJK grafik masa kat sekolah menengah dan kat matriks.

Seorang lagi, Encik H (dirahsiakan walaupun ramai yang boleh teka). Sejak jumpa kali pertama, aku rase selesa bila pandang muka dia. Dialah orang yang mentarbiah diriku sejak semester 2 di UUM. Alhamdulillah, semoga usaha yang dia buat dapat memberatkan neraca amalan di sana kelak. Kalau jumpa, mesti ada ilmu yang baru aku dapat (dia nasihat untuk aku yang nakal ni). Teknik penyampaian dia jugak kreatif, dan menarik minat aku untuk memperjuangkan dakwah melalui ilmu yang aku ada hasil minat dari abang aku tu (grafik).

Mungkin jugak perpisahan yang Allah aturkan ni untuk mengurangkan kebergantungan aku padanya, belajar berdikari dan menjadikan Allah sebagai tempat utama untuk berharap tidak kira apa jua keadaan.

Apapun, walau apa pun yang menarik kita untuk kembali kepadaNya, biarlah ia sebagai satu titik mula dalam perubahan diri. Bukanlah sebagai sebab utama, tetapi hanyalah ‘asbab’ atau penyebab. Alhamdulillaah, aku rasa sedang dalam proses pengembalian jati diri yang terbaik buat diriku. Jati diri yang telah lama hilang sejak kejatuhan diriku dalam lembah jahiliah. Sebuah hadith yang aku masih hafaz matan (isi hadith) dan maksudnya (sanadnye tak ingat ~) sejak sekolah rendah, pasal kemanisan iman :

1. Mencintai Allah dan RasulNya lebih dari perkara lain
2. Mencintai seseorang kerana Allah (sejantina)
3. Benci kembali kepada kekufuran seperti
mana dia benci dilempar dalam api neraka.


Dan perubahan tu biarlah akhirnya akan menjadikan kita ikhlas kerana Allah.

Maka kat sini sebagai peringatan kepada da’i yang menyeru kepadaNya, mungkin anda penyebab perubahan seseorang, tapi berdoa juga supaya mad’u anda berubah keranaNya. Walau sehebat mana pun cara seruan kita, walau ramai pun yang kita sudah ajak, tapi biarlah mereka yang diseru itu melakukan amal keranaNya.

Semoga hadith di atas memperbetulkan niat kita dalam beramal lantas dapat mencapai kemanisan iman tu. Aameen ~

2 Tindakbalas²:

Pusaka dari Murobbi

*Entry ini diupdate semula selepas di'post' pada kali pertama*

Esok (14hb Oktober 2009) murobbiku akan bertolak ke Yaman bersama keluarganya dari KLIA kira-kira jam 11 pagi. Sayu pula hati ini..

Namun aku tak sepatutnya berasa lemah, tetapi sepatutnya mengekalkan (juga meningkatkan) momentum dakwah selama ini, begitu juga dengan tarbiah dzatiahku.

Semalam lepas kelas jumpa dengan beliau, dan memandangkan itu mungkin kali yang terakhir aku dapat bersamanya, maka aku pun mengikut beliau ke rumahnya.

Dalam perjalanan, akhirnya aku merungkaikan bahawa aku pernah seolah-olah terasa dengannya pada semester lepas kerana sedikit tersilap cakap. Haha aku je yang mengada-ngada tu. Tapi alhamdulillah lega bila dah ceritakan masalah sebenar, berlapang dada dan tidak menyimpan lagi salah faham atau lain-lain hal yang boleh menyebabkan timbul rasa tidak selesa. Benarlah, memaafkan orang dapat menenangkan hati kerana tidak perlu merasa keluh kesah atas ketidak-puas-hati-an atau ke-marah-an atau apa-apa sahajalah yang sama waktu dengannya. Sempat juga aku mentasmi' dua muka surat dari surah ke-47, surah Muhammad yang telah kuhafaz sebelum Ramadhan lepas. Semalam, aku sambung hafaz lagi dua muka surat tapi belum lancar. (nak cepat sangat, tu le pasal.. hehe)

Malam tadi, sempat bersembang sambil beliau mengemas buku-buku tarbiah yang ingin dibawa ke sana. Oleh kerana ada baaaaaaaaaanyak buku yang bagus-bagus dan aku mungkin susah untuk mendapatkannya, aku telah meminjam kira-kira 13 buah buku (wah!) yang ditinggalkan di rumahnya.

Teringat ‘quote’ dari Sang Murobbi :

“ Buku ini gudang ilmu.
Semakin banyak yang kita baca,
semakin banyak yang kita dapat. ”

Alhamdulillah, semoga kehilangan murobbiku dengan pusaka ‘buku’nya dapat membentuk jiwa dan personaliti da’i yang lebih mantap di masa hadapan insya Allah!

Just for sharing, walaupun banyak lagi buku sendiri yang tak habis baca, tapi tetap pinjam jugak.

Buku oh buku... Bila nak habis baca yea?

Buku pinjam malam tadi (antaranya) :
1. Menjaga Stamina Iman (Dr. Faishal Al-Hulaibi) – sangat menarik! Dah baca sikit malam tadi.
2. Bagaimana Mengajak Manusia Kepada Islam (Dr Muhd Said Ramadan Al-Butiy)
3. Golongan Yang Gugur di sepanjang jalan da’wah (Fathi Yakan) - buku lama ni, dah kekuningan warna kertasnya
4. Hingga Dimengerti Generasi Muda (Abdullah Nasih ‘Ulwan) - sama, geng kuning jugak :P
5. Bagaimana Menyentuh Hati : Kiat-kiat Memikat Objek Da’wah (Abbas As-Siisiy) –dalam laptop ade format pdf tapi ‘letih mata’ bila baca dalam laptop
6. Quantum Dakwah & Tarbiah (Miswan Thahadi)
7. Menangani Pergolakan Jiwa Remaja (Dr Muhd Said Ramadan Al-Butiy)
8. Terjemah Lengkap 24 Fasal Protokol Zion (disunting Alwi Alatas)
9. Tarbiyah Dzatiyah (Abdullah bin Abdul Aziz Al-Aidan)

Buku yang agak best..!!

Signature ada di dalam, malas tunjuk.. =p

Buku yang dah lama dibeli tapi tak baca-baca :

1. Senjata Orang Mukmin (Abu Ruwais Al-Syubrawi) – beli Jun 2009
2. Murtad : Jangan Pandang Sebelah Mata (Ann Wan Seng) – ni dapat percuma masa pergi dengar talk Ann Wan Seng 6 Oktober 2009 lepas, siap ada signature lagi
3. Rahsia Mencapai Khusyuk dalam Solat (Muhammad Aiman Al-Zuhairi) – beli Jun 2009
4. Ahmadinejad : Singa Baru Dunia Islam (Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim, Alfian Hamzah) – tak silap beli tahun 2007?
5. Akal & Hati yang Tidak Disentuh Syaitan (Khairul Ghazali) – hadiah dari seseorang, 2007
6. Keajaiban Al-Quran (Gary Miller) – beli tahun 2008
7. Christian – Muslim Dialogue (H.M. Baagil, A.Y. Moosa) – beli kat ToT DMM Masjid YAB, Alor Star 27 Jun 2009
8. Is The Bible God’s Word? (Ahmad Deedat) – dapat free Bengkel Pemantapan Aqidah UUM
9. Qur’an & Modern Science : Compatible or Incompatible? (Dr Zakir Abdul Karim Naik) – dapat free Bengkel Pemantapan Aqidah UUM
10. Kisah-kisah Paderi Memeluk Islam (terbitan IPSI Pulau Pinang)
11. Searching for The Truth : A Dialogue Islam – Christianity (terbitan Persatuan Ulama’ Malaysia)
12. Pemilik Cintaku setelah Allah & Rasul (Fatimah Syarha) – beli semester lepas
13. Perjuangan Wanita Ikhwanul Muslimin (Zainab Al-Ghazali) – terjemahan Indonesia, buku ni Ummi ana punya sebenarnya.

Baca sebahagian :

1. La Tahzan (Dr ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni) – beli tahun 2007
2. Hati Sebening Mata Air (Amru Khaled) – beli Mei 2008.
3. Islam The Misunderstood Religion (Dr Danial Zainal Abidin) – beli masa ‘talk’ dari Idris Tawfiq di Penang, jumpa Dr Danial, dpt signature jugak.
4. HAMAS : daripada underground kepada parti pemerintah (Maszlee Malik) – beli semester lepas.
5. Jatuhnya Sebuah Tamadun (Mohamad Nurhakim) – beli semester lepas
6. Penjara jadi Pusara (Megat Shariffudin Ibrahim) – beli Mei 2008
7. ‘Orang Masjid’ Kontemporari (Rosidi Hussain) – beli Julai 2008

Buku yang menarik untuk cadangan anda semua :

1. Jejak Risalah Nusantara (Dr Hafidzi)
2. Belajar dari Dua Umar : Kenyangkan Perut Rakyat (Hepi Andi Bastoni)
3. Biarkan Aku Jadi Orang Palestin (koleksi cerpen Palestin, terbitan JIMedia)

OK cukuplah berkongsi kot. Banyak-banyak pun belum tentu dapat habiskan segera. Yang penting, dapat ilmu (lepas baca) tu, cuba amal walau sedikit.

Camne yea nak abiskan baca buku-buku ni time cuti semester ni? Aku ade kursus bawah jurusan (multimedia) plak dah.. Hurm ~

P/s - Tadi baru je selesai sesi penggambaran sebahagian babak dari assignment subjek video.. (jadi watak utama hoho ~) Tema sains fiksyen, bertajuk ‘Shutdown’. Tak best sangat, kalau sape ingat lagi cerita Makmal ZNF (komsas form 3 kalau tak silap), mungkin nampak ada tiru-tiru sikit la walaupun masa tulis skrip, tak teringat langsung cerita tu.

6 Tindakbalas²:

Grand Finale Comes To Me

Allaahu akbar..

Letih naik moto pergi rumah terbuka naqib baru petang tadi, ada discussion pulak.. Lebam mata jugak la ni..

Imtihaan aakhiroh (final exam) makin hampir.. Banyak projek dan assignment perlu disubmit.. Discussion sampai bertindihan.. ~ Semoga dipermudahkanNya.

8 November 2009 (9.00 am - 11.30 am)
STIV3103
Rekabentuk Berasaskan Pengguna (User Centered Design)
No comments.. ~

10 November 2009 (2.30 pm - 5.00 pm)
STIV3063
Kejuruteraan Perisian (Software Engineering)
Subjek yang dianggap 'killer' bagi kebanyakan student, ambik ni pun sebab takde pilihan..


13 November 2009 (9.00 am - 11.30 am)
STID3163
Multimedia Mudah Alih dan Perkomputeran Tersedia (Mobile Multimedia and Ubiquitous Computing)
Subjek ni agak menyeronokkan, rasa macam nak ulang belajar je.. (bukan sebab kena repeat)

15 November 2009 (9.00 am - 11.30 am)
STIV3043
Produksi Video Digital (Digital Video Production)
Boleh tahan untuk subjek ni, study kuat sket, insya Allah skor..

Overallnya?

Tak sabar nak kerja!! Heh ~

2 Tindakbalas²:

Kempen 3J UUM




Sepatutnya entry ini dimasukkan awal-awal sebelum bermulanya ekspo konvokesyen UUM kali ke 22 sidang ke-2 pada awal oktober baru-baru ini, tapi ke-tidak-sempat-an menyebabkan penulisan mengenai kempen itu tidak dilakukan.

Mengenai kempen tersebut, anda boleh lihat di montaj video di atas (insya Allah akan diletakkan di bahagian atas blog ini sehingga hujung tahun ini). Kempen 3J ini ialah kependekan bagi “Jagalah Aurat, Jauhi Maksiat dan Jangan Tinggal Solat.”



Jagalah Aurat

Allah berfirman dalam surah ke-24 dalam Al-Qur’an, An-Nuur, ayat ke-31 :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak (hamba sahaya) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
[ Surah 24, An-Nuur : Ayat 31 ]

‘Detail’ sekali penerangan mengenai aurat di dalam Al-Qur’an. Dalam hal ini, penutupan aurat bukanlah untuk mengongkong seperti yang dikatakan orientalis. Bukan untuk menyekat kebebasan mereka. Tetapi ini untuk kebaikan juga.

Banyak perkara yang tidak baik dapat dijauhkan apabila aurat ditutup dengan sempurna. Allah telah menetapkan semuanya dengan sangat tersusun. Menutup aurat tidak menghalang wanita untuk bersukan, bekerjaya dan sebagainya, asalkan batas-batas syari’at dan pergaulan sentiasa terjaga.

Perhatikan ayat tersebut, dimulakan dengan “hendaklah mereka menahan pandangannya” bererti menjaga batasan pandangan. Fitrah bagi manusia, suka melihat sesuatu yang menyedapkan pandangan. Namun, bukankah seindah perhiasan dunia ialah wanita solehah? Bererti yang menurut perintah Allah (sudah semestinya menutup aurat). Maka dengan menundukkan pandangan juga, insya Allah akan berkuranglah jumlah wanita yang tidak menutup aurat.

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[ Surah 33, Al-Ahzaab : Ayat 59 ]

Jauhi Maksiat

Akhir-akhir ini, pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat tidak terjaga. Bertepuk tampar tanpa segan silu, malah berpegangan tangan di khalayak ramai.

Perlu ditekankan, apabila meningkat remaja, lelaki dan wanita sudah mula mempunyai keinginan terhadap berlawanan jantina. Maka, dalam menjauhi maksiat juga, hendaklah dimulakan dengan menjaga pergaulan antara jantina yang berlawanan. Allah telah mengingatkan dalam firmanNya :

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
[ Surah 17, Al-Israa’ : Ayat 32 ]

Firman ini sangat popular. Namun ramai yang endah tak endah dengannya. Apabila ditegur, “kami berbual je,” “kami makan-makan je,” “kami SMS je” dan 1001 serba serbi jawapan yang akan diterima. Ayat tadi melarang mendekati zina, bererti mendekatinya sudah pun HARAM!

“Apabila seorang lelaki berseorangan bersama seorang wanita, yang ketiga ialah syaitan.”
[ hadith riwayat At-Tirmizi ]

Apabila pergaulan antara silang jantina berlaku, syaitan akan menggunakan segala cara yang ada untuk memesong seseorang hatta orang ‘alim sekali pun.

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.
[ hadith dari Abu Hurairah r.a. ]

Perhatikan!

Bermula dengan mata, mungkin menyebabkan timbul keinginan. Kerana itulah pentingnya menjaga pandangan. Akhir sekali, hendaklah juga berjaga-jaga dengan zina hati di mana menyebabkan timbulnya ‘penyakit’ rindu.

Jangan Tinggal Solat

“Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama.”
[ hadith riwayat Al-Baihaqi dari Ibnu Umar ]

Situasi ini mungkin tidak perlu diterangkan lebih lanjut rasanya. Di universiti sahaja, berapa ramai sangatlah bilangan jamaah yang hadir untuk solat berjemaah. Mungkinlah mereka solat di bilik, tapi dari ‘interview’ tak rasmi yang pernah dilakukan saya, ada yang memang tidak bersolat dengan alasan kelas dan sebagainya.

Ingatlah! Solat merupakan amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak. Bagaimanakah nasib kita di sana kelak jika amalan solat kita tidak sempurna? Dan adakah kita pasti bahawa solat yang dilakukan itu diterima olehNya?

Kita dikira beruntung kerana dapat solat dalam keadaan yang aman. Bayangkan di masjidil Aqsa, Palestin. Mereka bersolat dengan diacukan senjata ke arah mereka. Tidakkah ia suatu yang susah? Namun kerana ini adalah perintah Allah, mereka tetap melakukannya. Tidakkah kita berasa malu?



Kesimpulan

Pada masa Islam menguasai 2/3 dunia, ketiga-tiga perkara ini mungkin tidak terfikir bagi mereka terutamanya meninggalkan solat. Namun amat menyedihkan apabila di masa kini, umat Islam terleka sehingga perintah lima waktu ini kerap ditangguhkan atau ditinggalkan. Diharapkan dari penulisan ini dapat membawa satu perubahan kepada pembaca sekalian terutama dari golongan muda kerana merekalah harapan baru ummah!

P/s - posting ini tidak menyatakan 100% pendapat penulis. Mungkin ada toleransi dalam sesetengah perkara, bergantung kepada keadaan.

A Tribute to Murobbi

Teringat aku sebahagian dari nota pada mukhayyam cuti lepas. 4 kerinduan dalam tarbiah iaitu murobbi mursyid, bi’ah ukhuwwah wal mahabbah, bi’ah imaniah dan bi’ah tajmi’ wa tahrik.

Murobbi..

Tidak lama lagi, murobbiku akan bertugas di Yaman. Terasa sedih atas pemergiannya. Masya Allah, betapa banyak pahala yang beliau telah perolehi selama mendidik aku sebagai mutarobbinya. Bukan mudah menghadapi mutarobbi seperti aku ini.

Tapi beliau sangat sabar denganku. Terasa sungguh beruntung mengenalinya, menerima tunjuk ajar dari beliau. Aku banyak belajar dari beliau. Dari sudut ilmu dakwah, kepimpinan mahupun pembentukan peribadi yang menjadikan aku yang sekarang. Tidak kira di dalam halaqoh mahupun di luar.

Semoga Allah mengampunkannya setiap masa. (kerana keampunan Allah itu sangatlah besar)

Alhamdulillah, alhamdulillaah wa alhamdulillaah.
Semoga inilah jalan yang pertama dan terakhir buatku dan juga ikhwah akhawat sekalian. Semoga Allah menetapkan hati-hati ini dari jatuh ke jurang kejahilan.

Jazaakallaahu khoiron katheera yaa murobbii!!

2 Tindakbalas²:

Renungan Sejenak

Adakah masalah diri aku lebih utama dari masalah ummah?

Berapa ramai orang yang telah aku DF untuk bersama dalam jalan da'wah ini?

Berapa orang yang telah menyahutnya?

Dan bagaimanakah usaha follow up aku terhadap mereka?

Banyak mana peningkatan 'islah' terhadap diri sendiri?

Bagaimanakah tarbiah ramadhan membentuk diri menghadapi 11 bulan selepasnya?

******

P/s - Soalan untuk diri sendiri..

Ikhwan Sejati *Copy Paste*

Seorang remaja pria bertanya pada ibunya: Ibu, ceritakan padaku tentang ikhwan sejati...

Sang Ibu tersenyum dan menjawab...
Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya....

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa ...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari banyaknya akhwat yang memuja, tetapi komitmennya terhadap akhwat yang dicintainya...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah barbel yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia mengahdapi lika-liku kehidupan...

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca Al-Quran,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...

....setelah itu, ia kembali bertanya...

" Siapakah yang dapat memenuhi kriteria seperti itu, Ibu ?"

Sang Ibu memberinya buku dan berkata.... "Pelajari tenteng dia..."
ia pun mengambil buku itu "MUHAMMAD", judul buku yang tertulis di buku itu.

http://myquran.org/forum/index.php/topic,27825.0.html

'Lost'?

Alhamdulillah, usai Ramadhan, Syawal pula, sudah hampir menjengah pertengahannya.

Tapi rasanya, diri saya masih 'lost'.

Sesat dari perjalanan pulangnya mungkin akibat kelalaian diri ini.

Dirasakan amalan ini masih lagi 'kering', kurang penghayatan. Tidak menusuk ke kalbu, menerbitkan rasa kerendahan pada Rabbul Jalil, sang Pencipta Alam ini.

Mengapa ia terjadi?

Post mortem sikit..

Mungkinkah,

manga lebih menarik dari buku-buku tulisan Fathi Yakan?

anime lebih mengujakan dari bacaan Al-Qur'an dari Mishary Rashid?

game lebih banyak membersihkan hati dari mentadabbur ayat-ayatNya?

Mengapa,

semangatku makin menjunam? (futur)

Apa yang berlaku?

Sepatutnya selepas sebulan yang telah berlalu ini, sudah ada perubahan 'lonjakan paradigma'. Ke suatu tahap yang lebih baik 'islah'.

Namun sesungguhnya Dia itu Maha Pengampun. Bertaubat lah padaNya dan terus berusaha gigih 'jihad' dari segala godaan yang menyerang bertubi-tubi.

Sudah lupakah, bagaimana nanti keadaan mutarobbiku nanti jika saya futur? Tidakkah mereka masih memerlukan sentuhan belaian iman seorang murobbi?

Astaghfirullaah... Terimalah taubat ini..

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu. [1]

[ 1 ] Lirik Langkah Tercipta (UNIC)

p/s - posting ni buat peringatan sendiri. Maaf sebab tak menarik dibaca..

3 Tindakbalas²: