Idola atau Terpengaruh??

~ Dah lama tak menulis dalam bahasa yang santai ~

Hampir semua orang ada sesuatu yang menjadi sebab bagi memulakan sesuatu perkara. Contohnya, bola sepak. Ada yang mula minat bola sepak sebab menonton perlawanan di TV dan tertarik dengan corak permainan yang ditunjukkan dan mula menjadi peminat setia bola sepak ‘gila bola’. (aku le tu – tapi sekarang dah kurang sejak merasa kemanisan tarbiah ni)

Sebut tentang ikutan, atau dipanggil idola ni, rasanya ada beberapa orang dalam hidupku yang ‘mempengaruhi’ (cam idola la kot) aku sama ada mereka sedar atau tak.

Kalau masa kecil dulu, aku sangat obses dengan sorang abang aku. Masa tu dia baru mula kerja sebagai pelukis kat Pustaka Salam. Jadi, aku minat melukis jugak walaupun tak sehebat abang aku tu. Lepas tu, adik aku pun ikut plak. Kiranya aku idola adik aku le? Haha. Then, abang aku antara yang terawal guna komputer dalam keluargaku, so aku pun ikut dia la yang sekarang ni jadi sangat obses dengan komputer. Tak silap, first time aku format komputer (windows 3.11) kat komputer masa darjah 4 (1998). Itu pun lepas banyak kali komputer rosak pastu dia suruh format dan install sendiri. Mula-mula, aku suka main games (biasalah budak-budak masa tu), tapi bila tengok abang aku guna komputer untuk buat grafik, aku pun ikut jugak. Sampai sekarang, banyak jugak hasil karya abang aku. Kalau pernah baca Kamus Adik terbitan Pustaka Darul Iman, dia la pelukis dan pereka grafiknya! (heh) Dan kerana dia jugak le aku suka perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘desktop publishing’ (DTP) ni. Hasilnya, aku diamanahkan sebagai AJK grafik masa kat sekolah menengah dan kat matriks.

Seorang lagi, Encik H (dirahsiakan walaupun ramai yang boleh teka). Sejak jumpa kali pertama, aku rase selesa bila pandang muka dia. Dialah orang yang mentarbiah diriku sejak semester 2 di UUM. Alhamdulillah, semoga usaha yang dia buat dapat memberatkan neraca amalan di sana kelak. Kalau jumpa, mesti ada ilmu yang baru aku dapat (dia nasihat untuk aku yang nakal ni). Teknik penyampaian dia jugak kreatif, dan menarik minat aku untuk memperjuangkan dakwah melalui ilmu yang aku ada hasil minat dari abang aku tu (grafik).

Mungkin jugak perpisahan yang Allah aturkan ni untuk mengurangkan kebergantungan aku padanya, belajar berdikari dan menjadikan Allah sebagai tempat utama untuk berharap tidak kira apa jua keadaan.

Apapun, walau apa pun yang menarik kita untuk kembali kepadaNya, biarlah ia sebagai satu titik mula dalam perubahan diri. Bukanlah sebagai sebab utama, tetapi hanyalah ‘asbab’ atau penyebab. Alhamdulillaah, aku rasa sedang dalam proses pengembalian jati diri yang terbaik buat diriku. Jati diri yang telah lama hilang sejak kejatuhan diriku dalam lembah jahiliah. Sebuah hadith yang aku masih hafaz matan (isi hadith) dan maksudnya (sanadnye tak ingat ~) sejak sekolah rendah, pasal kemanisan iman :

1. Mencintai Allah dan RasulNya lebih dari perkara lain
2. Mencintai seseorang kerana Allah (sejantina)
3. Benci kembali kepada kekufuran seperti
mana dia benci dilempar dalam api neraka.


Dan perubahan tu biarlah akhirnya akan menjadikan kita ikhlas kerana Allah.

Maka kat sini sebagai peringatan kepada da’i yang menyeru kepadaNya, mungkin anda penyebab perubahan seseorang, tapi berdoa juga supaya mad’u anda berubah keranaNya. Walau sehebat mana pun cara seruan kita, walau ramai pun yang kita sudah ajak, tapi biarlah mereka yang diseru itu melakukan amal keranaNya.

Semoga hadith di atas memperbetulkan niat kita dalam beramal lantas dapat mencapai kemanisan iman tu. Aameen ~

2 Tindakbalas²:

kiyo said...

Salam Syabab...
Hehehe...sy dlu x pnah miss majalah adik tuh...Now dah xde kan.. Klau x , bleh langgan utk adk sy plak.

kahfi8 said...

[ kiyo ]

salam,

hmm baca jugak dulu eh? tu la nak wat camane, majalah tu tak kuar dah..