Media dan Dakwah

Baru balik dari keluar, dengan anak saudaraku, jumpa dengan akh Amirul Letfee, mantan presiden KNL. Berbincang dengannya memberi sedikit idea untuk aku update blog malam ni.

Kecanggihan teknologi sekarang sangat mengagumkan. Tapi adakah kita menggunakan sehabis baik sumber yang ada sebagai peluang dakwah? Perlu diberi perhatian, masih banyak lagi kekosongan yang boleh diisi dan dimanfaatkan untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Salah satunya media.

Dari apa yang kami bincang, banyak projek dan rancangan yang boleh dilakukan. Cuma tenaga kerja sahaja yang menjadi masalahnya.

Kami 'ter'bincangkan hal ini sebab anak saudaraku yang bekerja sebagai graphic designer di Pustaka Darul Iman sekarang ini. Kebetulan, Pustaka Darul Iman sering juga menggunakan khidmat grafik dari abangku (ayah anak saudaraku). Dan aku juga pernah menerima tawaran untuk membantu tapi aku memilih untuk menyambung pelajaran buat masa ini.

Setakat ini, aku ada merancang banyak perkara. Tapi masih banyak yang terbengkalai di laptop dan external hard disk ku. Juga ada merancang untuk buat skrip filem pendek yang berunsurkan dakwah.

Mungkin ada sesiapa ingin membantu? Apa pun, aku perlu tumpu pada imtihaan dahulu! (haha mungkin ada yang kecewa dengan anti-climax di penghujung entri ini)

P/s - entri ni macam berterabur la bila aku baca lagi sekali.. Ah tak kisah janji update..