Memikat dan Terpikat

~ Update terakhir sebelum ke mukhayyam ~

Sementara menunggu ikhwah bersiap, aku beri’tikaf di masjid (sambil online). Rasa bosan, kuisi dengan membaca beberapa halaman dari e-book bertajuk "Bagaimana Menyentuh Hati" oleh Abbas As-Siisiy. Timbul idea untuk meng'update'.

Dalam buku elektronik ini, beliau menerangkan teknik-teknik memikat. Haaa.. Ramai dah ‘terangkat’ bila dengar (baca) tajuk entry ni, semestinya.

Memikat di sini bukan memikat sembarangan. Memikat mad’u atau objek dakwah. Memikat untuk meneruskan kesinambungan dakwah. Mencari pewaris dakwah. Merekrut penerus perjuangan Rasulullah saw.



"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah 16, An-Nahl : Ayat 125)


Bermacam ragam mad’u

Seseorang yang menerima Al-Qur’an dan tidak menolaknya, hendaklah didakwahi dengan penuh berhikmah,

seseorang yang mahu menerima dakwah tetapi selalu lengah dan lalai, didakwahi dengan nasihat yang baik,

seseorang yang menentang dan tidak percaya, diajak berdebat dengan cara yang lebih baik. (lihat ayat diatas “dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”)

Dalam proses memikat orang yang disasarkan itu, banyak tips yang boleh diamalkan. (kira petua la nie..)

Sedikit petikan dari e-book tersebut :

Dalam memberikan arahan (taujih) tentang tugas dakwah, Imam Syahid Hasan Al-Banna memberikan perumpamaan dengan perkataannya, "Di setiap kota terdapat pusat pembangkit tenaga elektrik. Para pegawai memasang instalasinya di seluruh penjuru kota, memasang tiang dan kabel, setelah itu aliran elektrik masuk ke pabrik-pabrik, rumah-rumah, dan tempat-tempat lain. Jika aliran elektrik tersebut kita matikan dari pusat pembangkitnya, niscaya seluruh penjuru kota akan gelap gulita. Padahal saat itu tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat pembangkit elektrik, hanya saja tenaga elektrik yang ada itu tidak dimanfaatkan."

Apa maksudnya? Lebih kurang begini, ramai orang yang bisa (boleh) melakukan dakwah (mempunyai potensi) tetapi mereka tidak melakukannya. Ramai juga yang punya ilmu tapi tidak beramal. Ya, menjadi da’i bukan perkara mudah. Mungkin kerana itu, ramai yang mengabaikan kerja mulia ini.

Aku lihat sendiri bagaimana mereka yang dulunya istiqamah dengan tarbiah, kini seorang demi seorang telah gugur. Sebab apa? Dari pemerhatianku, ramai yang tidak memahami tugas dakwah ini, hatta lepasan sekolah agama. Di mana silapnya? Aku tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Teringat pula ‘quote’ dari movie ‘Sang Murobbi’ :

“Seonggok kemanusiaan terkapar. Siapa yang mengaku bertanggungjawab? Bila semua menghindar, biarlah saya yang menanggungnya. Semua atau sebahagiannya.”
~ KH Rahmat Abdullah (Sang Murabbi) ~
Seorang da’i sepatutnya tidak memperdulikan perkara lain, iaitu cabaran dan dugaan dalam berdakwah. Biarlah orang-orang di sekeliling mengata, dia tidak akan berganjak walau seinci dari pendiriannya. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah menjawab permintaan Abu Talib yang meminta baginda untuk mem’perlahan’kan dakwahnya :

“Demi Allah, wahai bapa saudaraku.. Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan tugas suci ini, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan Islam atau aku hancur keranaNya.. ”
Kebiasaannya, memikat ini terjadi apabila melakukan dakwah fardiah (dakwah ‘ammah rasenye jarang kot?) di mana dakwah dilakukan dalam kelompok yang kecil, lebih fokus, lebih mendalam serta hubungan antara da’i dan mad’u lebih rapat.

Sengaja aku mengalih topik, supaya sesiapa yang terpikat untuk membaca entry ini, mudah-mudahan dengan izinNya (insya Allah), tersedar dengan tanggungjawab untuk berdakwah ini (mahu memikat orang untuk sama-sama terpikat dengan indahnya tarbiah).

OK, stop di sini, sebab ramai jiwa-jiwa da’i yang meruntun hendak membaca tips-tips ‘memikat’ yang lebih umpph!


Personaliti Da’i

Penyayang
Sentiasa Meneliti
Peramah
Kreatif
Fleksibel
Tenang
Penyabar
Sentiasa bersedia

Itu baru secara umum, tidak semestinya semuanya mesti dimiliki oleh da’i tersebut. Apa yang penting, adanya tolak ansur dengan mad’u sehingga mereka sentiasa berasa senang hati apabila bermain-main (berada di sekeliling atau bersama) dengan kita.

Dan juga, ekstra atau bonus jika anda mempunyai personaliti menarik (hensem atau cun) atau keputusan akademik yang cemerlang! (Tapi jangan salah guna ya..)


Da’i = Doktor

Ya, da’i merupakan doktor hati manusia. Merawat hati yang dipenuhi karat-karat jahiliah. Maka,

Kenali pesakit dengan mendalam
Diagnosis penyakit yang dialami
Beri preskripsi yang sesuai
Terus menyusuli pesakit (follow-up)
Tidak putus-putus memberi kata semangat / motivasi

Apabila memulakan dakwah, cari ‘touching point’ di mana itulah sentuhan sebenar seorang da’i sehinggakan mad’u menghormati (respek) da’i dan terasa memerlukan murabbi. Apabila mad’u sudah terasa selesa dengan seorang da’i itu dan di kala itu insya Allah tingkatkan lagi ‘pegangan’ (jaga baik-baik dan beri fokus lebih) kepada mad’u tersebut.

Sudah panjang rupanya entry ini. Kita sambung topik mengenai da’i dan mad’u ini lain kali ya!

6 Tindakbalas²:

mantap~

semua course ada..engineering, medic, dan tak lupa ilmu rahib =D

teruskan berkongsi~

wassalam

Salamu 'alaikum saudaraku,

Semoga anda mendapat keredhaan Allah.

Unknown said...

Salam...

Pergh... dahsat artikel nih... mantop!!!

~baru balik rehlah ke Hudaydah dan Taiz ;P ~

salaam,

[ HambaAllah yang Memakmurkan ]

insya Allah.. sekadar menulis berdasarkan idea yang muncul tiba2x..


[ soleh ]

sama juga buatmu saudaraku..


[ namasayayaaser ]

ape yg dahsyatnye? biase saje..

rehlah? ade update gambar kat flickr? atau facebook?

keretasorong said...

wow, mantap n menarik...

moga kite terus thabat d jalan Nya dan tak terhenti d persimpangan

^_^

mcm mne mukhayyam. ada ummh...
:)

[ keretasorong ]

insya Allah,

ya, yang telah, sedang dan akan thabat di jalanNya, semoga tidak menghentikan perjalanan mereka ke negeri abadi tanpa terleka dengan godaan di sekeliling.. tidak berhenti terlalu lama di R n R kejahiliahan sehingga terlupa matlamat sebenar kembara hidupnya..

alhamdulillah mukhayyam OK, tapi antum punya MCQ lagi mantop. tengok je kat video kat youtube tu.. jeles sungguh org utara tau!!